Followers

Sedekah Sikit Pada Kawan-Kawan

Monday, February 28, 2011

J.B.U : Pengurusan Jenazah Sesi Pertama



   Assalamualaikum... allhamdulillah... malam semalam 27 Feb 2011 dengan izin dari Allah S.W.T maka selesailah sudah sebuah program pengurusan jenazah sesi pertama untuk jemaah-jemaah batu uban yang dilakukan di dewan batu uban. Ini along boleh dikatakan sebagai sesi pengenalan cara-cara bagai mana untuk uruskan jenazah bagi mereka yang beragama islam.


   Allhamdulillah... along lihat ramai jugak hadirin yang hadir pada malam semalam yang terdiri dari golongan anak-anak muda ANAK HANTU PENANG yang hadir untuk belajar cara pengurusan jenazah. Program yang di jalankan ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan muda termasuk along sendiri agar dapat menjadi pelapis untuk lewat hari nanti. Selain itu jugak, ini adalah salah satu tanggungjawap wajip untuk kita ketahui sebagai seorang umat islam.


   Kami mendapat tunjuk ajar dari pak cik toi dan mamu dari jemaah masjid tanjung tokkong pulau pinang yang telah berpegalaman dalam menguruskan jenazah. Lebih-lebih lagi kehadiran pak cik toi serta mamu yang datang megajar kami tampa sebarang apa-apa bayaran, katanya ini adalah salah satu tangungjawap dia sebagai seorang umat islam untuk megajar kami. Kami hanya meyediakan bahan-bahan pengurusan jenazah seperti kain kafan, kapas, kapur barus, air mawar, daun bidara dan minyak atar sahaja. 


   Along sebagai wakil jemaah batu uban mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pak cik toi serta mamu kerana sanggup meluangkan masa bersama dari jam 9.00 malam sehingga 12.30 tengah malam untuk memberi tunjuk ajar kepada kami. Insaallah...untuk rancangan masa hadapan kami akan membuat program ini lagi dengan lebih mendalam, dari cara memandikan jenazah sehingga semasa jenazah di kebumikan...







P/S : MANUSIA yang BIJAK ialah manusia yang INGAT akan hari KEMATIANNYA.







Tuesday, February 22, 2011

Bara Hati : Dah La Bodoh...Pelingkup Pulak Tu...

   Ini kali punya entery bikin along bara aja..along ada la bawak balik vacuum ke rumah sewa along. Vacuum pinjam yang along pinjam dari mak cik along. Di sebabkan dalam bilik along dah tak muat nak boh, along pon boh kat ruang tamu jek la..Kira tiga empat hari jugak la along letak kat ruang tamu tu. 
   Nak di jadikan cerita, hari along nak kemas-kemas tu pun sampai la...elok dah sapu-sapu..tibalah masa tuk vacuum mana habuk lak...along pasang-pasang vacuum tu tak berfungsi..pelik gak..hari tu masa kat rumah mak cik elok lagi..dengan rasa tak puas hati nyer along pun bukak la tempat habuk tu dan melakukan bedah siasat.. " AIIIKKK..pesal  habuk penuh ". Along pelik gak...sal tak guna pun lagi..sekali dalam habuk-habuk tu ada la terselit resit...bedek punya bedek resit salah satu pasar raya mini kt K**IM ni..sapa lagi la nak guna dalam rumah yang dok berdua tu...dengan tak puas hati lagi along bukak abis cover vacuum tu tuk bedah siasat lagi..periksa ada elektrik tak yang masuk..semua masuk dengan elok, tapi bila sampai kat motor tak berfungsi...sah motor vacuum ni dah jahanam..di kaji punya kaji ada orang sudah vacuum air pakai vacuum yang KHAS untuk habuk sahaja...BODOH ke apa...tak reti baca kat kotak ke...tu vacuum untuk habuk saja BODOH...dah la vacuum tu orang punya...dah bagi jahanam koman-koman bagi tau la...dengan kata lain bagi la duit ganti..ni tak..ye boleh buat bodoh jek..
   Along pun menung la apa la along nak cakap kat mak cik along ni...dah la bulan yang kering...jadi tak pa lah dari nanti masam muka adik beradik sal vacuum along bali lain jek la...along pun ronda-ronda la cari vacuum yang berpatutan...dalam ronda-ronda along g la GIANT, kot-kot mana tau ada yang murah ke. So jumpa la vacuum yang boleh sedut habuk, air dan blow..dalam RM 185 gak la...apa lagi...pakai kad AH LONG la cukup bulan bayar dan sudah nyer vacuum tu selamat la along gantikan balik kat mak cik.

P/S : KEPADA SI "Z****L"...ko ni BODOH lahanat betul..reti baca ke tak..ko tunggu..aku dok bara dah..ko tunggu la nasib ko lepas ni..

Saturday, February 19, 2011

Gila Hitam...Eeeiiii~~~

Nak di jadi nyer cerita hari tu mak cik along ada la bagi dua keping benda alah ini. Ala...yang sedut toksin tu, koyok kaki tu. Jadi malam tadi baru jumpa balik bende tu dalam beg baju along. jadi dengan rasa ingin tahu nyer malam tadi along pun cuba la koyok kaki tu...


Sebelum tidur...Putih bersih jek...

-

-

-

-

-


Bangun pagi!!!

Along bangun jek pagi tu bukak la...GILER HITAM...dah macam tar jalan pun ada...yang belah kiri tu kurang kit...tapi yang kanan tu...peeerrrggg...along siap potong benda tu pasal nak tahu apa yang ada kat dalam...tapi apa pun along bersyukur, sebab Allah masih memberikan kesihatan tubuh badan kepada along...amin...

P/S : Amalkan gaya hidup sihat & ingat kepada Nya...

Monday, February 14, 2011

Ada Bran ka??? Jom Race Laa ~~~

Oiiiiii...Ada bran ka??? Lu ada bran jom la race... Lu berapa game mau bukak??? tiga set??? sepuluh set la bai... heeeee... jangan takut ek kawan-kawan... along bukan nak bukak game lumba haram pon... bukan zaman dia dah... muda-muda dulu boleh la... tapi sekurang-kurang nyer along ada tempat la nak lepas gian race ni...ko orang nak tau kat mana??? Haaaaa....sini la tempat tu...heeee...


Nama benda ni " Initial D Arcade Stage 3 ". Seperti biasa, ni game race kereta la...tapi bukan race F1...bukan race rally...tapi race D1 jalan bukit jopun...sirius memang best...siap boleh pilih kereta dan buat sendiri reka bentuk yang macam mana yang kita minat...along takat ini ada tiga buah kereta dah...kalo tak ada empat tapi sayang nyer satu kad dah rosak...hmmm...ini la antara jentera-jentera along yang masih elok untuk berjuang...


Nissan Skyline GT-R [ R32 ], ini jentera mula-mula along masa baru terjebak. Sekarang jarang turun padang dah. Ada Toyota MR2 G-Limited, yang ni jentera kedua along. Jentera ni yang paling along minat dan selalu guna bila turun padang sekarang...along ada gak Mitsubishi Lanser Evolution III, yang ni along dapat masa betaruh dengan sorang budak cina. Kira main sandar kereta...sepuluh game...siapa menang ambik kereta si kalah...hahahaaaa..tapi yang ni along jarang guna..kalo dulu ada sebijik jentera Mazda Roadster RS [ NB8C         ], tapi sayang nyer jentera ni dah letak jawatan... 

P/S : Lumba haram game takpe...jangan lumba haram atas jalan raya...melayang nyawa, melayang badan...tu pun kalo ada lagi la badan..kalo berkecai...eeeeiiiiiii...tobat pun tak dan woooo...BERHATI-HATI DI JALAN RAYA, PANDU CERMAT JIWA SELAMAT...

Sunday, February 13, 2011

Lelaki Hensem VS Lelaki Tak Hensem


Apa pendapat anda pada lelaki hensem? Apa pula pendapat anda tentang lelaki yang tak hensem. Rasa-rasa soalan ini patut di jawab oleh kaum hawa..betul tak? Tapi kalo nyah-nyah nak jawab sama pun apa salah nyer. Betul tak akak~~~ heee...Tapi dari pandangan saya atau mungkin sesiapa yang bersependapat dengan saya. Ada jugak golongan hawa ini yang berfikiran " Lihat Kulit Buah, Dah Pasti Isinya Sedap ". Jangan macam tu cik kak...silap-silap luar jek cantik...dalam abis berulat...Bukan nak memperkecikkan atau memperlekehkan kaum hawa ni, cuma mari kita renung-renungkan bersama... Apa-apa pun, mari jeling-jeling sikit situasi-situasi seperti di bawah.

Situasi 1:
 Kalau lelaki handsome pendiam : 
Perempuan akan cakap "Woow, cool giler beb..."
 Kalau lelaki tak handsome pendiam : 
Perempuan akan cakap "Eh, perasan bagus..."


Situasi 2:
Kalau lelaki handsome berbuat jahat : 
Perempuan akan kata "Biasa la... Nobody's perfect"
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat : 
Perempuan akan cakap "Muka pun macam pecah rumah"


Situasi 3:
Kalau lelaki handsome menolong perempuan yang diganggu : 
Perempuan akan cakap "Wah.. Machonya.. My hero!"
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu : 
Perempuan akan kata "Nak buat baik konon...Entah-entah kawan dia.."


Situasi 4:
Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik : 
Perempuan akan kata "Sepadan sangat..Bagaikan pinang di belah dua"
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik : 
Perempuan akan kata "Dah macam taik cicak...Mesti kena bomoh perempuan tuh!"


Situasi 5:
Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih : 
Perempuan akan kata "Jangan sedih, kan saya ada.."
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih : 
Perempuan akan kata "(Terdiam...dok pandang atas bawah...lalu dalam hatinya berkata...patutlah kene tinggal...)"


Situasi 6:
Kalau lelaki handsome penyayang binatang : 
Perempuan akan cakap "Cute nyer... Penuh kasih sayang"
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang : 
Perempuan akan cakap "elok la tu...dah dekat sama dah"


Situasi 7:
Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap "Memang matching la muka...Hebat luar dalam"
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW : 
Perempuan akan cakap "Bang, bos bagi pinjam ke?"


Situasi 8:
Kalau lelaki handsome tak mau bergambar : 
Perempuan akan cakap "Pemalu tu..."
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar : 
Perempuan akan kata "Elok pun...buat cacat gambar jek..."


Situasi 9:
Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan : 
Perempuan akan cakap "Romantik nyer..."
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan : 
Perempuan akan cakap "Lepas ni ko basuh sekali tau..."


Situasi 10:
Kalau lelaki handsome bersedih hati :
Perempuan akan cakap "Let me be your shoulder to cry on"
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati : 
Perempuan akan kata "Oiii...ko ni lelaki ke apa...hati kulit bawang..."

Hehehe...kalau kau orang antara golongan orang perempuan yang ada dalam situasi-situasi di atas, bawak-bawak la betaubat...jangan bersangka manis itu sedap...silap hari bulan boleh kerat kaki kene kencing manis...hahaha...renung-renungkan yek...

Saturday, February 5, 2011

Nasib Baik Tak TerbakaQ Rumah Pak Cik

Assalamualaikum… Semalam ada pak cik ni panggil along pergi cek kat rumah dia, sal apa lampu di bahagian dapur dan bilik air dia selalu “trip” dengan kata lain di kotak fius dok tendang ( bahasa orang kampong ). So along pun pergi la periksa tengok. Periksa punya periksa semua pemasangan lampu dan kipas dekat bahagian dapur dan bilik air tu semua nyer ok jek. Semua kabel baru. Al-maklum la..rumah baru di ubah suai..mat saleh kata modification”…dah boleh bawak keluar duit EPF la katakan...heeee… 

Periksa punya periksa punya periksa sampai tiga jam lebih nak sampai bebai gak ler kepala otak tak dapat-dapat jawapan. Last-last along dok menung sambil bertafakul. Dalam hati dok berdoa “ ya Allah...bagi la diri ku petunjuk”. Dengan berkat izin Nya, along dapat idea bila melihat kabel-kabel yang kat dinding tu ( jenis pendaian lama ). Jadi along pn periksa lah kembali ikot kabel-kabel kat dinding tu dari satu bilik ke bilik dan sampai saje di satu sudut bucu bilik kebel tersebut menhala ke dapur alangkah terkejut sambil beristifar panjang along “ ya Allah…patut la dok tendang..ada kabel terbakaQ “. Mungkin disebabkan cik tikus yang gerik ( gigit ) atau kabel tu dah lama sangat jadi penebat dia reput dan mula bersentuh dengan kabel lain dan terbakar. Kira rumah pak cik tu amat la bernasib baik sebab kotak fius dia masih berfungsi. Kalo kotak fius tu tak “trip” mau tebakar rumah. 

Jadi along pun buat la kembali peyambungan semula buat sementara waktu. Along potong dan buang kabel yang terbakar dan sambung kembali buat sementara waktu. Along jugak menasihatkan kat pak cik tu yang rumah dia patut di buat pendawaian baru. Untuk pegetahuan umum kau orang la mengikut Peraturan IEE 1990, pendawaian untuk bangunan yang dah lebih 20 tahun memang patut sangat-sangat dah di tukar. Ini kerana kalo dulu punya kabel bahan penebat yang salut kuprum tu pakai getah dan getah kalo lama-lama ia akan reput tak macam kabel yang di gunakan sekarang yang salut kuprum tu pakai PVC. Lagi satu..kalo system pendawaian dulu-dulu pendawaian dalam dinding main buat lonkang dalam dinding lepas tu taman jek kabel. Silap-silap waktu dok ketuk paku atau tebuk lubang nak sangkut binkai gambar mau boleh terkena kabel…boleh mati wooo… Kalau sekarang lonkang dinding di bubuh paip PVC dahulu baru akan di masukkan kabel. Jadi lakukanlah pemeriksaan bagi siapa-siapa yang duduk kat rumah-rumah lama…sebelum ia megancam nyawa, harta benda dan orang-orang di sekeliling kite… Wassalamualaikum...

Thursday, February 3, 2011

Gong Xi Fa Cai

Ini hari gong xi fa cai jugak la...orang lain semua ada cuti jugak maa...
tapi gua hari-hari sama jugak masuk sama ini pintu...


mau bikin macam mana ma...nama pun kerja-kerja dan kerja...
wa bayak sama macam itu robot jugak ma...
tp wa robot banyak sabar punya ma...
kerja teruk-teruk pun BOSS tarak kasi angpow maa...
itu bonus ka...aiiyoo...lagi-lagi tarak nampak loor...
tapi tarak apa la...wa mintak ini tahun rabbit kasi ong sama wa...


apa pun wa nak sampaikan salam kepada kawan wa yang berbangsa cina SELAMAT TAHUN BARU CINA...gong xi fa cai....

_
_
_
_
_
_



P/S: Boss...gaji kasi up lagi maa... 

Tuesday, February 1, 2011

JIMAT 1 : PROSES MENUKAR V/COVER GASKET

   Assalammualaikum…along nak kongsi info dan skill dengan kawan-kawan macam mana nak menukar v/cover gasket. Nak jimat beb..buat sendiri ler..Tapi sebelum itu along terangkan sikit la kat mana dok nyer v/cover gasket ni.
   V/cover gasket ni dok nyer kat enjin kereta. Kedudukan nyer adalah diantara cover head enjin dengan head enjin. Fungsi nyer menhindar dari minyak hitam keluar dari enjin ikot haed cover tersebut. Punca kerosakan bende ni disebabkan dah terlalu lama jadi gasket tersebut dh jadi keras atau terdapat rekahan di gasket tersebut. Kadang-kadang orang pandang bende ni pekara remeh jek. Tapi kalau dibiarkan lama kelamaan boleh meakibatkan minyak hitam@minyak enjin jadi kering dan ini akan buat kita bertambah sakit kepala dan kering poket yang tak hengat pnya.

Langkah-langkah :



Pergi mana-mana kedai yang menjual alat ganti kereta. Mintak jek kat tauke tu v/covor gasket. Alah..baru RM12 macam tu jek..tak mahai pon..tapi pastikan beli yang ori yek.




Bukak 6 biji skru haed cover dengan spana saiz 10. Bukak dengan berhati-hati, takut nanti ada skru jatuh kat celah-celah enjin pulak nanti. Jenuh pulak nak cari. Jangan lupa cabut hos angin dari kaburator dan hos dari penapis udara.






Angkat haed cover dan tanggalkan v/cover gasket yang lama dari cover haed. Lap minyak-minyak yang terdapat di cover haed dan atas bibir haed. Jangan ler pergi lap minyak yang kat dalam haed tu ek.




Letakkan v/cover gasket baru pada haed cover. Pastikan ia masuk di celah-celah lonkang yang ada pada haed cover tersebut.




Letakkan kembali haed cover ke haed enjin dan kuncikan kembali 6 biji skru. Pastikan skru-skru tersebut tidak di ikat terlalu ketat. Kuncikan ia sederhana sahaja. Kalau terlalu ketat akan meyebabkan v/cover gasket tersebut akak kemek. Sumbatkan jugak kembali hos angin penapis udara dan hos angin kaburator.


Maka selesailah sudah proses penukaran tersebut. Selamatkan duit anda…heeee…Selamat mencuba dan lakukan dengan selamat.