Followers

Sedekah Sikit Pada Kawan-Kawan

Thursday, March 17, 2011

PERUBATAN ORANG TUA : KAJIAN DARI “ INGGU ”

Assalamualaikum…hari tu along ada cakap yang along nak tahu apa sebenar nyer inggu ni. Jadi along pun mulalah MENGAJI, MENGKAJI & MEMAHAMI apa YANG TERSURAT & YANG TERSIRAT di dalam inggu tersebut.

   
Inggu atau dalam kata lain di panggil Asafoetida (Ferula Assafoetida)(Persia انگدان Angedan), asafetida ejaan alternatif,diucapkan / æsəfɛtɪdə / (juga dikenal sebagai kotoran setan, bau permen karet,asant, makanan dewa-dewa, Kaayam (Malayalam), Hing (Bengali, Marathi, Gujarati,Hindi, Urdu, Nepal), Ingua (Telugu), Ingu (Kannada), Perungayam (Tamil), Hilteet, danadas raksasa) adalah spesies asli Ferula ke Persia (Iran). Asafoetida memiliki bau yang menyengat yang tidak menyenangkan ketika mentah, tetapi dalam masakan dimasak,itu memberikan bumbu halus, mengingatkan pada perai.


Asafoetida adalah getah resin dari ramuan abadi tinggi, dengan akar kuat berbentuk wortel ( akar ). Ia berwarna kuning gelap dengan mempuyai aroma yang tajam. Hal ini digunakan sebagai bahan penyedap dan membentuk konstituen ( perasa ) dari campuran rempah-rempah banyak. 

Asafoetida / Inggu


Asafoetida memiliki beberapa varietas yang diedarkan dari wilayah Mediterania ke Asia Tengah. Tumbuh ini wujud di Iran dan Afghanistan. Selain itu jugak spesies lain, yang dikenal sebagai northex Ferula botanical yang dimana tumbuh ini jugak subur di Kashmir, Western Tibet dan Afghanistan yang mana membentuk pengganti yang baik untuk asafoetida. Mengikut kajian analisis asafoetida terdiri dari karbohidrat 67.8% per 100gms, 16.0% kelembaban, protein 4.0%, lemak 1.1%, mineral 7.0% dan 4.1% serat. Ia terdiri dari mineral dan vitamin dan termasuk kalsium substansial selain fosfor, besi, karoten riboflavin, dan niacin. Dimana nilai keseluluran kalorinya adalah 297. Asafoetida mengandung resin, gum, minyak atsiri dan abu. Resin ini terdiri dari asarenotennol, gratis atau dikombinasikan dengan asam ferulat.



P/S :  Along mintak maaf la kalo ada info yang susah nak faham dan kalau ada yang tak cukup. Yang elok itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang kurang itu datangnya dari diri along sendiri.

Tuesday, March 15, 2011

PERUBATAN ORANG TUA : INGGU

Kau orang tau tak apa itu " INGGU "? Mesti tak pernah dengarkan? Along mula-mula pun tak tau apa bende nyer tu. Last along tanya punya tanya orang tua-tua baru la dapat jawapan nyer dan apa kelebihan inggu ini dalam perubatan golongan orang-orang old timer ni. Benda ini hanya terdapat di kedai-kedai india jek. Sebab bende ni memang didatangkan dari india pun. Dengar kata-kata dia orang benda ini datangnya dari sejenis getah pokok. Tak pe..yang tu nanti along akan kaji dari pokok apa.


inggu ( orang penang sebut )

Kalau kau orang nak tahu, orang-orang tua ada pakai bende ini untuk buat ubat tulang patah atau retak tulang. Cara-caranya inggu tersebut dimasukkan kedalam air yang mendidih dan di campurkan dengan MINYAK TANAK ( santan yang dimasak sehingga menjadi minyak ). Kata dia orang lagi, kalo nak lebih mujarab campurkan sedikit CANDU ( sejenis dadah ) dimasak sekali kedalam adunan tadi. Tapi zaman dulu-dulu senang gamak nyer dia orang nak dapatkan candu, bak kata petikan salah satu cerita P.Ramlee " jual candu tak payah pakai lesen, tapi jual belacan kene smuggling ". Jadi kita buat je la mana yang senang nak dapat ek kawan-kawan. Kalau kau orang nak tau, bende ni time masak bau dia boleh tahan la menusuk hidung. So kalau ada hajat nak cuba buat tu, sila-sila la bukak tingkap dapur tu yek. Ok..selesai saja ketulan inggu tersebut sebati biarkan ia suam dahulu dan lepas itu baru la sapu pada tempat retak atau patah tersebut. Insaallah..dengan izin Nya tulang yang retak atau patah tersebut akan bersambung kembali seperti asal kembali ( macam ori balik tampa kesan patah ). Hasil ini along dah lihat pada sepupu along sendiri yang mana dia pernah jatuh motor dan patah kaki. Tapi masa dia buat x-ray untuk masuk TUDM doktor tak jumpa lansung kesan tulang patah. Selamat mencuba.


inggu dimasak bersama-sama minyak tanak

P/S : Selain digunakan untuk tulang patah atau retak. Ramuan tersebut jugak boleh digunakan untuk urat kembang, bengkak dan membuang angin dalam badan.


Friday, March 4, 2011

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat @ Azan

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :


* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :


"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."






Tuesday, March 1, 2011

JANGAN BUAT KERJA TENGAH-TENGAH MALAM.

   Assalamualaikum...ni kes cerita malam tadi la...malam tadi lepas along balik dari lepak gan kekawan kat kedai kopi ( semata-mata minum secawan kopi, borak-borak sambil tengok gusti...heee... ). Habis sahaja acara tu maka kami pun pulang la ke rumah masing-masing dalam pukul 12.30..Sampai jak kat rumah along dah tak boleh nak tidur..dok KELITING MAI KELITING PEE.. along ternampak la lining brek motor yang hari tu along beli tak pasang-pasang lagi. Jadi di sini bermula la cerita...
   Along pom apa lagi mula la ambik tool dalam kereta...park motor betul-betul depan pintu rumah.. maka bermula la kerja nak tukar la kira-kira nyer, jam dah la pukul 1.10 pagi buta..rumah kiri kanan dah tidor kita dok tercegat kat laman rumah nak berpomen lak.. Mula-mula along pun bukak la tayar depan motor tu...tung tang tung tang...ketuk nak bawak keluo bolt pun pelan-pelan, takut kang ada lak jiran mai ketuk kepala along plak...maka terbukak la tayar tu...along cabut elok-elok dan lihat lining lama... ( patut la hari tu nyaris nak tibai perdana, brek pun dah kong gile... ). 

< LINING YANG DAH KONG >

   Along pun ambik la lining brek baru...along gergaji kat lining tu bagi ada longkang kit...ni kira idealogy zaman mat rempit muda-muda dulu, buat ruang laluan udara pada lining brek nak bagi brek lagi mencengkam...heeee...selesai jek along buat lonkang-lonkang kat lining tu along cuci-cuci kit kat buyung tayar maka bermula la acara nak pasang balik..along masukkan spring no.1 pada lining...ok...cun lepas...on the way nak bawak masuk spring no.2 dok tekan-tekan sekali TOOOIIIIIIHHHHH!!!...sekali spring tu melambung dah...tu dia...punya la dok TUNGGING TERBALIK merangkak cari balik...tak jumpa sampai kesudah...punggah...hampeh...MATI KUTU sat...

< IDEALOGY MAT REMPIT >

   Along pon dok menung sat apa nak buat neh...dah la jam pun pukul 3.00 pagi buta dah...adeehhh...jem wooo ~~~ dalam dok menung tu mula la macam-macam bunyi keluaQ kat tanah lapang depan rumah tu...rumah dah la along dok sorang jek...sat-sat bunyi ayam berkokok...sat-sat bunyi kucing...tau-tau bunyi bunbung macam benda jalan kat atas...along apa lagi...pegang-pegang MARTUN ( hamher ) mula la bersuara 

   " ANG KALO NAK TURUN MAI KACO AKU, BAIK ANG BERAMBUS. KANG TAK PASAI-PASAI KENA HAYUN KANG GAN MARTUN NI...AKU DAH LA DOK PENING NI " 

   Peeerrrrrgggg...mana mai tah berani lak along malam tu, kalo tak selalu cabot dulu dah...hahahaa... tup tup lepas along sound tu terus senyap...tak da bunyi ayam berkokok dah...tak da bunyi kucing dok miow-miow dah...tak da bunyi benda bejalan atas bunbung dah...kira alhamdulillah la...lepas-lepas tu along pun mula la kerja balik pasang lining brek..spring yang melantun tu tah mana hala tah...jadi along pun terpaksa la buat " KAIZEN " kit...( pemikiran kretif proton ) cari mana-mana dawai ikat lining brek tu...kira pakai satu spring jek la yang main...satu lagi ikat pemati...tung tang tung tang along pasang...alhamdulillah...siap la sudah...dok kemas-kemas tu dok rasa semacam jek..macam ada benda dok perhati dari kawan lapang depan rumah...along buat dek jek...siap kemas-kemas SEBELUM along MASUK RUMAH, along BACA la AYAT TIGA QHULL, LUDAH KE BELAKANG TIGA KALI, MELANGKAH MASUK RUMAH DENGAN KAKI KANAK SAMBIL KHI' AM DALAM HARI HINDARI DARI ANASIR-ANASIR YANG TAK ELOK DARI IKOT MASUK RUMAH SEKALI.

< SIAP DI PASANG >


   Dok dalam rumah jam pun dah pukul 4.00 pagi...along tidoQ sat...bangun pagi solat subuh dan pergi kerja dengan mata dan kepala yang megantuk...huhuhuhuuuu...

P/S : MAK DAH HABAQ...JANGAN BUAT KERJA MALAM-MALAM...HAMBEK KO...KAN DAH KENA... HEEEE~~~