Followers

Sedekah Sikit Pada Kawan-Kawan

Saturday, February 5, 2011

Nasib Baik Tak TerbakaQ Rumah Pak Cik

Assalamualaikum… Semalam ada pak cik ni panggil along pergi cek kat rumah dia, sal apa lampu di bahagian dapur dan bilik air dia selalu “trip” dengan kata lain di kotak fius dok tendang ( bahasa orang kampong ). So along pun pergi la periksa tengok. Periksa punya periksa semua pemasangan lampu dan kipas dekat bahagian dapur dan bilik air tu semua nyer ok jek. Semua kabel baru. Al-maklum la..rumah baru di ubah suai..mat saleh kata modification”…dah boleh bawak keluar duit EPF la katakan...heeee… 

Periksa punya periksa punya periksa sampai tiga jam lebih nak sampai bebai gak ler kepala otak tak dapat-dapat jawapan. Last-last along dok menung sambil bertafakul. Dalam hati dok berdoa “ ya Allah...bagi la diri ku petunjuk”. Dengan berkat izin Nya, along dapat idea bila melihat kabel-kabel yang kat dinding tu ( jenis pendaian lama ). Jadi along pn periksa lah kembali ikot kabel-kabel kat dinding tu dari satu bilik ke bilik dan sampai saje di satu sudut bucu bilik kebel tersebut menhala ke dapur alangkah terkejut sambil beristifar panjang along “ ya Allah…patut la dok tendang..ada kabel terbakaQ “. Mungkin disebabkan cik tikus yang gerik ( gigit ) atau kabel tu dah lama sangat jadi penebat dia reput dan mula bersentuh dengan kabel lain dan terbakar. Kira rumah pak cik tu amat la bernasib baik sebab kotak fius dia masih berfungsi. Kalo kotak fius tu tak “trip” mau tebakar rumah. 

Jadi along pun buat la kembali peyambungan semula buat sementara waktu. Along potong dan buang kabel yang terbakar dan sambung kembali buat sementara waktu. Along jugak menasihatkan kat pak cik tu yang rumah dia patut di buat pendawaian baru. Untuk pegetahuan umum kau orang la mengikut Peraturan IEE 1990, pendawaian untuk bangunan yang dah lebih 20 tahun memang patut sangat-sangat dah di tukar. Ini kerana kalo dulu punya kabel bahan penebat yang salut kuprum tu pakai getah dan getah kalo lama-lama ia akan reput tak macam kabel yang di gunakan sekarang yang salut kuprum tu pakai PVC. Lagi satu..kalo system pendawaian dulu-dulu pendawaian dalam dinding main buat lonkang dalam dinding lepas tu taman jek kabel. Silap-silap waktu dok ketuk paku atau tebuk lubang nak sangkut binkai gambar mau boleh terkena kabel…boleh mati wooo… Kalau sekarang lonkang dinding di bubuh paip PVC dahulu baru akan di masukkan kabel. Jadi lakukanlah pemeriksaan bagi siapa-siapa yang duduk kat rumah-rumah lama…sebelum ia megancam nyawa, harta benda dan orang-orang di sekeliling kite… Wassalamualaikum...

Thursday, February 3, 2011

Gong Xi Fa Cai

Ini hari gong xi fa cai jugak la...orang lain semua ada cuti jugak maa...
tapi gua hari-hari sama jugak masuk sama ini pintu...


mau bikin macam mana ma...nama pun kerja-kerja dan kerja...
wa bayak sama macam itu robot jugak ma...
tp wa robot banyak sabar punya ma...
kerja teruk-teruk pun BOSS tarak kasi angpow maa...
itu bonus ka...aiiyoo...lagi-lagi tarak nampak loor...
tapi tarak apa la...wa mintak ini tahun rabbit kasi ong sama wa...


apa pun wa nak sampaikan salam kepada kawan wa yang berbangsa cina SELAMAT TAHUN BARU CINA...gong xi fa cai....

_
_
_
_
_
_



P/S: Boss...gaji kasi up lagi maa... 

Tuesday, February 1, 2011

JIMAT 1 : PROSES MENUKAR V/COVER GASKET

   Assalammualaikum…along nak kongsi info dan skill dengan kawan-kawan macam mana nak menukar v/cover gasket. Nak jimat beb..buat sendiri ler..Tapi sebelum itu along terangkan sikit la kat mana dok nyer v/cover gasket ni.
   V/cover gasket ni dok nyer kat enjin kereta. Kedudukan nyer adalah diantara cover head enjin dengan head enjin. Fungsi nyer menhindar dari minyak hitam keluar dari enjin ikot haed cover tersebut. Punca kerosakan bende ni disebabkan dah terlalu lama jadi gasket tersebut dh jadi keras atau terdapat rekahan di gasket tersebut. Kadang-kadang orang pandang bende ni pekara remeh jek. Tapi kalau dibiarkan lama kelamaan boleh meakibatkan minyak hitam@minyak enjin jadi kering dan ini akan buat kita bertambah sakit kepala dan kering poket yang tak hengat pnya.

Langkah-langkah :



Pergi mana-mana kedai yang menjual alat ganti kereta. Mintak jek kat tauke tu v/covor gasket. Alah..baru RM12 macam tu jek..tak mahai pon..tapi pastikan beli yang ori yek.




Bukak 6 biji skru haed cover dengan spana saiz 10. Bukak dengan berhati-hati, takut nanti ada skru jatuh kat celah-celah enjin pulak nanti. Jenuh pulak nak cari. Jangan lupa cabut hos angin dari kaburator dan hos dari penapis udara.






Angkat haed cover dan tanggalkan v/cover gasket yang lama dari cover haed. Lap minyak-minyak yang terdapat di cover haed dan atas bibir haed. Jangan ler pergi lap minyak yang kat dalam haed tu ek.




Letakkan v/cover gasket baru pada haed cover. Pastikan ia masuk di celah-celah lonkang yang ada pada haed cover tersebut.




Letakkan kembali haed cover ke haed enjin dan kuncikan kembali 6 biji skru. Pastikan skru-skru tersebut tidak di ikat terlalu ketat. Kuncikan ia sederhana sahaja. Kalau terlalu ketat akan meyebabkan v/cover gasket tersebut akak kemek. Sumbatkan jugak kembali hos angin penapis udara dan hos angin kaburator.


Maka selesailah sudah proses penukaran tersebut. Selamatkan duit anda…heeee…Selamat mencuba dan lakukan dengan selamat.