Followers

Sedekah Sikit Pada Kawan-Kawan

Saturday, February 5, 2011

Nasib Baik Tak TerbakaQ Rumah Pak Cik

Assalamualaikum… Semalam ada pak cik ni panggil along pergi cek kat rumah dia, sal apa lampu di bahagian dapur dan bilik air dia selalu “trip” dengan kata lain di kotak fius dok tendang ( bahasa orang kampong ). So along pun pergi la periksa tengok. Periksa punya periksa semua pemasangan lampu dan kipas dekat bahagian dapur dan bilik air tu semua nyer ok jek. Semua kabel baru. Al-maklum la..rumah baru di ubah suai..mat saleh kata modification”…dah boleh bawak keluar duit EPF la katakan...heeee… 

Periksa punya periksa punya periksa sampai tiga jam lebih nak sampai bebai gak ler kepala otak tak dapat-dapat jawapan. Last-last along dok menung sambil bertafakul. Dalam hati dok berdoa “ ya Allah...bagi la diri ku petunjuk”. Dengan berkat izin Nya, along dapat idea bila melihat kabel-kabel yang kat dinding tu ( jenis pendaian lama ). Jadi along pn periksa lah kembali ikot kabel-kabel kat dinding tu dari satu bilik ke bilik dan sampai saje di satu sudut bucu bilik kebel tersebut menhala ke dapur alangkah terkejut sambil beristifar panjang along “ ya Allah…patut la dok tendang..ada kabel terbakaQ “. Mungkin disebabkan cik tikus yang gerik ( gigit ) atau kabel tu dah lama sangat jadi penebat dia reput dan mula bersentuh dengan kabel lain dan terbakar. Kira rumah pak cik tu amat la bernasib baik sebab kotak fius dia masih berfungsi. Kalo kotak fius tu tak “trip” mau tebakar rumah. 

Jadi along pun buat la kembali peyambungan semula buat sementara waktu. Along potong dan buang kabel yang terbakar dan sambung kembali buat sementara waktu. Along jugak menasihatkan kat pak cik tu yang rumah dia patut di buat pendawaian baru. Untuk pegetahuan umum kau orang la mengikut Peraturan IEE 1990, pendawaian untuk bangunan yang dah lebih 20 tahun memang patut sangat-sangat dah di tukar. Ini kerana kalo dulu punya kabel bahan penebat yang salut kuprum tu pakai getah dan getah kalo lama-lama ia akan reput tak macam kabel yang di gunakan sekarang yang salut kuprum tu pakai PVC. Lagi satu..kalo system pendawaian dulu-dulu pendawaian dalam dinding main buat lonkang dalam dinding lepas tu taman jek kabel. Silap-silap waktu dok ketuk paku atau tebuk lubang nak sangkut binkai gambar mau boleh terkena kabel…boleh mati wooo… Kalau sekarang lonkang dinding di bubuh paip PVC dahulu baru akan di masukkan kabel. Jadi lakukanlah pemeriksaan bagi siapa-siapa yang duduk kat rumah-rumah lama…sebelum ia megancam nyawa, harta benda dan orang-orang di sekeliling kite… Wassalamualaikum...

8 comments:

mira_nas said...

bahay gak ea wiring camtu.. sebab dok luar.. takde protection...ooo lepas 20 tahun kena tukar eah.. baru taw

fara feroza said...

haiisshh bahaya betull...nasib tak terbakar..n nasib jugak kamu tak kena kejutan letrik...

TOLONG SAYA PENAMPAR ORANG

Amri Abd Rani said...

rumah Pakwi pun ni dah lama gak rsnya..
apa2 pun pujian diberikan pd Along sbb berbakti ngan orangtua...moga diberkati...

bila nk check kabel rumah Pakwi plak...haha

Putera Katak said...

perghh....sebbaik x kene electric shock...klo x...ermmmm

anamizu said...

ya allah sipbekla along pnjg umur lagi...
subhanallah...

cik ana folow ye ^^
newer post : |maher zain nyanyi lagu melayu???|
older post : |khalwat!!!|

Cik Yana said...

Nasib baik tak hangus satu rumah. Along, meh datang umah cik Yana ni, baiki kipas syiling ni. Tak nak gerak da. Hahaha~

Aesya Zealous said...

ooh dah lame kena tukar ek. baru tau..hihi nice

alongizhamhadi said...

alhamdulillah...along masih lagi terselamat...uiii...blh dpt banyak projek neh...$$$...heee...