Followers

Sedekah Sikit Pada Kawan-Kawan

Tuesday, March 15, 2011

PERUBATAN ORANG TUA : INGGU

Kau orang tau tak apa itu " INGGU "? Mesti tak pernah dengarkan? Along mula-mula pun tak tau apa bende nyer tu. Last along tanya punya tanya orang tua-tua baru la dapat jawapan nyer dan apa kelebihan inggu ini dalam perubatan golongan orang-orang old timer ni. Benda ini hanya terdapat di kedai-kedai india jek. Sebab bende ni memang didatangkan dari india pun. Dengar kata-kata dia orang benda ini datangnya dari sejenis getah pokok. Tak pe..yang tu nanti along akan kaji dari pokok apa.


inggu ( orang penang sebut )

Kalau kau orang nak tahu, orang-orang tua ada pakai bende ini untuk buat ubat tulang patah atau retak tulang. Cara-caranya inggu tersebut dimasukkan kedalam air yang mendidih dan di campurkan dengan MINYAK TANAK ( santan yang dimasak sehingga menjadi minyak ). Kata dia orang lagi, kalo nak lebih mujarab campurkan sedikit CANDU ( sejenis dadah ) dimasak sekali kedalam adunan tadi. Tapi zaman dulu-dulu senang gamak nyer dia orang nak dapatkan candu, bak kata petikan salah satu cerita P.Ramlee " jual candu tak payah pakai lesen, tapi jual belacan kene smuggling ". Jadi kita buat je la mana yang senang nak dapat ek kawan-kawan. Kalau kau orang nak tau, bende ni time masak bau dia boleh tahan la menusuk hidung. So kalau ada hajat nak cuba buat tu, sila-sila la bukak tingkap dapur tu yek. Ok..selesai saja ketulan inggu tersebut sebati biarkan ia suam dahulu dan lepas itu baru la sapu pada tempat retak atau patah tersebut. Insaallah..dengan izin Nya tulang yang retak atau patah tersebut akan bersambung kembali seperti asal kembali ( macam ori balik tampa kesan patah ). Hasil ini along dah lihat pada sepupu along sendiri yang mana dia pernah jatuh motor dan patah kaki. Tapi masa dia buat x-ray untuk masuk TUDM doktor tak jumpa lansung kesan tulang patah. Selamat mencuba.


inggu dimasak bersama-sama minyak tanak

P/S : Selain digunakan untuk tulang patah atau retak. Ramuan tersebut jugak boleh digunakan untuk urat kembang, bengkak dan membuang angin dalam badan.


29 comments:

yolanda diego said...

ha...........skrg i dh tahu ape tu inggu....

shereena said...

first tym dgr pasal inggu nie..haha
thanx 4 da info^^

storyfromme said...

halal ke?

Anonymous said...

adeh,,padia tu ceq,,baru tao kegunaan die,,ngee

Anonymous said...

TAKPE..NANA ADA CARA LAGI SENANG...HEHEH...G LA KULIAH PERUBATAN JAWI..INSYA'ALLAH AKAN DITERANGKAN CARANYE...HEHEH GUNA HERBA JE...

dill said...

along, bleh la jadi bomoh pasni ;)

Miss Dill^^

alongizhamhadi said...

bende ni halal la..dtg nyer dari getah pokok..lg pn kalo di ikutkan candung mmang salah satu dr ubat..cuma mat2 candu jek dorg salah guna benda tu..

alongizhamhadi said...

miss dill: bkn bomoh la..pawang la..heee...

Henry Zackery said...

nama inggu nie mcm penah dgr

10 Wanita Paling Disukai Lelaki Di Dunia

Henry Zackery said...

tak update lg ke bro?? T___T

10 Wanita Paling Disukai Lelaki Didunia

alongizhamhadi said...

sabar bro...along tgh cari maklumat lg tntang bende ni...

msamwil said...

Saja nak tambah maklumat, inggu ini selain diguna untuk perubatan fizikal ia juga sangat dipercayai oleh generasi lama sebagai bahan penghalau makluk halus @ hantu&syaitan. Dalam bahasa Arab disebut HILTIT di Mekah banyak di jual. salam

Mikel's Wifey said...

salam, tgh google carik inggu. then come across your blog. thanks for the info. if you know where to find them, could you please share it with me too? sebab susah lah nak cari. I'm looking for inggu putih

Unknown said...

mana boleh dapat inggu ni??kat area damansara...
email saya biggythug1@yahoo.com

Unknown said...

Siapa siapa yang dekat dengan area dengkil, selangor tu... kat situ ada banyak kedai india, cari lah. baru je beli tadi :D

Anonymous said...

Kebanyakn kedai runcit india de jual inggu ni...

Nur Raudhah said...

Dlm berpantang lps bersalin sy mkn inggu...terutama bayi yg menyusu iaitu untuk elak bayi kembong perut...alhamdulillah..setakat ni bayi x ada masalah kembong perut walupun ibu tersalah mkn.

Bie'z said...

As salam
info yg bermanfaat.terima kasih.In sya Allah nk cuba buat kat adik yg patah pinggul.

BELOW THE WIND said...

Klu kamik dekat tawau sabah, inggu ni kami guna utk elak gangguan benda halus... Ibu mengandung dgn dlm pantang sllu guna benda ni.. HeheehH. Adat dan kepercayaan je ye

Little Lamb said...

Setahu saya, inggu ini sebagai penangkal spy x diganggu makluk halus. Hehe

Me said...

Biasa kami guna inggu utk ltk kat baby..supaya x di ganggu Makhluk halus

OnLine Smart Education said...

Di mana boleh saya beli jadam india ni? Saya perlukannya utk ramuan minyak ubat...

Unknown said...

Kepercayaan d sabah. Ingu ne utk mghalai benda2 halus.. tp untuk serbuk ingu, bole gna letak dlm kain hitam x?

Unknown said...

Macam mana Cara makan..

Anonymous said...

bubuh dalam mulut

Anonymous said...

ada jual di heap lee keningau

Anonymous said...

Ini Macam kegunaan jadam… serupa tapi x sama. Inggu biasanya digunakan dalam masakan india seperti kari daal ‘sambar’ , elok utk buang angin dalam badan

Anonymous said...

Aku gelakk baca komen ni🤣🤣🤣

Anonymous said...

Mak sy sakit lutut..pakai ingu..goreng salai tanpa minyak..pecah limau nipis..balut di tempat patah,lutut,sendi..elok dah mak sy..sy lutut sakit try esok..tq ane