Followers

Sedekah Sikit Pada Kawan-Kawan

Tuesday, August 2, 2011

Hijau... Kuning... Merah... Berhenti...

     Assalamualaikum... tup tup dah kita berpuasa untuk hari yang ke dua... Lepas jek along bersahur pagi tadi ( yang hampir terlajak tak bersahur ) along pun bersiap-siap la untuk pergi kerja...macam biasa pagi-pagi, semua orang nak pergi kerja jadi secara semula jadi nyer sesaklah jalan raya.
     Dalam perjalanan along nak sampai dekat tempat kerja, tup tup... ada kemalangan... 


     Boleh gagah teruk gak la... dua buah motosikal berlangar satu nak jalan terus... satu nak keluar simpang... nasib baik yang cedera hanya seorang... kesian gak kat pak cik tu nasib baik mak cik tu tak cedera...



     Apa pun pak cik tu telah selamat dibawa ke hospital oleh ambulan yang tiba. Kesimpulannya...patuhi undang-undang jalan raya... patuhi lampu isyarat...



Tuesday, July 5, 2011

Selamat Berbakti Pada Tanah Air...

     Rasa nyer lama gak ek along tak aktif blog ek...seminggu de??? bukan apa...minggu lepas along sibuk kit... di tambah pulak adik sepupu along baru habis tamah latihan... so apa lagi...along la dok bawak dia sana sini... pergi bawak unifom ke dobi la... bawak pekecik baju la... merapu sana... merapu sini...heeee...
     Along gak dan paw makan wit kerajaan... hahahahaaa... biasa la... wit orang gomeng ni lain kit rasa nyaer... lagi-lagi wit askar... terasa bersemagat " Darah Satria "... selalu dok makan wit orang awam jek... heeeee...

Muka Pesan Makan

Muka Time Terima Bill...Heee...

Akibat Bela Badan Seminggu Bercuti...Sendat dah...hahahahaaa...

3 Jam Sebelum Bertolak Untuk Lapor Diri...Sin Sedih Drama Filem Tamil Ini Telah Di Tapis...Heeee...

Apa pun along ucapkan SELAMAT MENJALANKAN TUGAS...kita jumpa lagi enam bulan...kita open meja balik...

Thursday, June 23, 2011

AWAS KEPADA GAMERS!!

Assalamualaikum..

Dalam dok jalan-jalan meyibuk kat blog kawan-kawan sekali ada la along terbaca entery ni...hmmmm...jadi along pun tolong la sebarkan kepada rakan-rakan lain...ada gak game-game yang pernah along main..tapi baru ku tahu...terima kasih http://ahmadhasif.com/2011/awas-kepada-gamers/...sama-sama kita renungkan...
 
1) Devil May Cry 3

 KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.
Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.
Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.
Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.
Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.

Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.
Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.
(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
“wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan”
dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.
“Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy”.
     Kalimah Allah pada ‘Pintu’ di dalam Permainan tersebut…

Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?

2) Clive Barker Undying
 Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.
 Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam
 PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.
 Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.
 Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.
 Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.
 Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.
 3) Zack And Wiki
Luahan dari seorang gamer Wii:
Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, “Allahu Akbar”, dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?
 Note: Korang boleh dengar laungan “Allahu Akbar” pada minit ke 0:20 & 0:44 tekan link ini.
 Tindakan yang dibuat:
 The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a “common Islamic phrase” from Zack & Wiki: Quest for Barbaros’ Treasure on the Wii. The phrase’s removal comes following complaints from CAIR and others.
The phrase in question is “Allahu akbar” (“God is most Great”), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants’ attention after it appeared in a promotional video for the game.
A Capcom representative told CAIR, “We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public.”
“We appreciated Capcom’s willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company’s swift response.
 4) Prince Of Persia
 Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,
“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun”
(Sabda Rasulullah SAW)
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar” (Surah Al- Ahzab:71)
 Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.
 5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes
 
 Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit “ALLAHUAKBAR” & “JIHADD”.
 6) Stronghold Crusader
 
 Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.
 7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock
 Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.
 
 Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.
 Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

Ada 2 kemungkinan di sini.

a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.

Zodiak Virgo:
 Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:
 
 Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam?
 8) Resident Evil 4
 Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama “Los Illuminados”.
Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”
Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.
Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut
Screenshot dari gameplay Resident Evil 4
Zoom pada pintu tersebut.
Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?
Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.
Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi
 Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.
Perbezaan pintu dalam game dengan realiti
Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut
 Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.
Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.
Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.
Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.
~~sila sebarkan~~

Friday, May 20, 2011

Hmmmm...Motor ku...No Komen...

Balik-balik kerja... terus ke pulau pening... opppsss... pulau pinang... heeee... sebenar nyer along kene bawak si kumbang hijau mak cik along ke proton servis... sal part ball bearing untuk tayar belakang dah sampai... so pagi-pagi lagi along dah hantar la kereta tu... tup tup... tinggal kereta jek macam mana along nak balik rumah mak cik along... adeehhh... naik bas dalam penang along tak pandai... so susah-susah along pun apa lagi... senaman pagi la... apa lagi... jalan kaki la dari proton servis tu sampai rumah mak cik... adeehh... menapak gak la rasa nyer... sampai jek punya la lapaQ... apa lagi... pulun nasik la...pas tu ban tidor... heeee... celik-celik mata jek tengok jam dah jam 2.30pm... lagi sekali along bergegas mandi-mandi makan lagi sekali dan menapak nak ke proton servis balik... takut jam 4.30pm ye tutup pulak... jadi dengan langkah yang laju along pun berjalan la... turun-turun jek bukit along nampak bus... 

" bang bus ni pie bayan baru ka " 

" bayan baru tak pie dik, bukit jambul pie la "

" kira dekat la tu, boleh la bang "

   Jadi along pun naik la bus tu...sampai-sampai jek along pun ambik la si kumbang hijau tu... dalam kepala otak alang-alang dah sampai penang baik along pie tengok apa jadi kat motor along tu... jadi along pun pergi la rumah abang sepupu along... sal motor tu ada simpan kat rumah dia... sampai-sampai pun along mula la membelek-belek apa la yang rosak... dan hasil nyer ini la...

beginilah keadaan nyer

foot rest bracket bahagian gear patah

tube fork bengkok

rim 18" gelong

tank minyak kemik ( nasib tak bocor ) fairing pecah, handle bar patah, tapi dah peteri balik dah... boleh pakai sat jek la... nasib lampu dengan meter tak pecah ( barang ori tu, menangis la kalo pecah )

   Hmmmm... esok ingat nak pergi cari barang la... duit... duit... duit... adooooiiiiiiiii.....





Thursday, May 19, 2011

Barang Ada??

" BrO... BrO... barang ada brO?? gua dah tak tahan dah ni... "

" Bai...lu nak berapa set?? "

" satu set cukup la brO... gua tengah sengkek ni... "

   Heeee... ko orang abai jek la ayat atas tu... sal ini bukan cerita pasal TOKAN atau pun cerita pasal PENAGIH DADAH... ini sebenar nyer pasal along dok cari idea macam mana la along nak minum susu kat tampat kerja tampa bawak dengan tin-tin susu sekali.... heeeee....
   Along kadang-kadang beli saje susu... kadang sampai naik keras susu tepung tu.... aiiiiyaaakkk... rugi-rugi... dalam dok tonton movie " american gangster " along dapat idea pulak... walaupun nampak agak berbahaya... tapi along rasa-rasa idea ni yang terbaik ni... so along pun bergegas la ke kedai pergi cari plastik saiz kacang putih punya ( senang cerita plastik orang dok bungkus sos ayam goreng pasar malam la )... so along balik dan mulakan proses pek bahan-bahan... sekali pandang dah macam pek ICE BABY gan HEROIN pun ada... heeeee...

ini bukan ice gan heroin tau..ni susu dengan gula..heeee...

P/S : Ni kalo polis nampak konfem along kene cekup ni...heeeee...

Tuesday, May 17, 2011

Sedih...Sakit...Kopak...

Assalamualaikum...hmmmm...along nak cerita macam mana tah...kira ni cerita ringkas-ringkas jek la ek...pagi semalam " along kemalangan "....eeeeeiiiiiiiiii....KEDEEEPPPEEEKKK... sekali melekat belakang waja daa... macam pak man tempe daa... di ceritakan masa tu along bersama-sama si RXZ la... tak laju pun...pelan jek...tiba-tiba di lampu isyarat lintasan jalan kaki sebijik waja ni berhenti...dah la berhenti...lampu belakang pun tak meyala...along pun apa lagi...brek la...mencakaQ wooo tayar depan belakang...sampai la belakang kereta tu...apa lagi... dapat la "SAYA CINTA PROTON"... melekat tersembab belakang kereta tu... muka cium terus belakang kereta...dan hasilnya...bibir along pecah... hidung retak... kening dapat dua calit kiri dan kanan...tu tak termasuk kaki lagi tu... di lihatkan pada motor...aduuuuhhhhh...sedih... depan barai...depan motor ranap abis...kereta tu along tengok boleh tahan jugak la...masa tu along tak dan lak nak ambik gambar ke apa...tapi apa pun motor along dah selamat masuk workshop la...apa-apa pun nanti tunggu jek la ek...adeeeehhhhhh ~ ~ ~

melepak lepaskan runsing lepas exsiden.

hidung dah macam shah rukh khan mulut dah macam ikan tongsan...adeehhh...

Saturday, May 14, 2011

BEDERAU DARAH AKU YOU~~~

   Pepagi tadi bederau darah along weehhh... mana tak nyer, along bukak saje pintu rumah pagi ni tengok pintu pago rumah along dah terbukak.. Selalu nyer sebelum along tido along akan pastikan pintu pago dan pintu gill rumah akan di kunci. Maklum saja lah...dua bijik motor dalam satu rumah...yang si suzuki TXR150 GAMA dok tersadai dalam rumah sal kaburator kong, nak letak kat luar takut kutu mai datang balas sperpart...dah la barang-barang motor tu payah nak dapat...lepas tu yang si yamaha RXZ pulak dok kat luar ( dalam pagar rumah ek )..ni lagi satu barang panas...kilang yamaha dah stop keluarkan motor dua lejang dah...so sesiapa yang ada tu dah kira barang RARE la...motor ni along nak bawak masuk rumah hari-hari pun susah..sal along dok pakai selalu dan dok bawak pergi kerja..sal tu la dia dok kat luar. Kalau nak tau... kedua-dua jenis motor yang hampir pupus ni memang menjadi kegilaan MAT REM - IT... kira barang panas gak la...

kaburator mana la kau nak dapat

   Bila along bukak-bukak saje pintu rumah terus JEGOI kepala tengok motor dok ada lagi ke tak kat tempat parking... Alhamdulillah... nasib motor aku ada lagi... heeeee... tapi dalam dok ada tu pon along tak puas lagi... ye lah... nak along bagi tau... barang yang paling panas dan senang nak curi kat motor RXZ ni ialah kaburator dia la... apa lagi... teringatkan bende itu melulu along capai selipar nak pergi cek dekat-dekat kot takut ada barang yang hilang...lagi sekali... Alhamdulillah...segalanya sempurna lagi...kira paras darah "LINE CLEAR" dah...heeee...

Kilang sudah tarak keluar lor ini barang

   Baru along teringat...rupa nyer semalam...balik jek along dari pergi MEGETEH... along sakit perut...so balik rumah kelam kabut masuk rumah pergi MEMERUT...heeeee...tapi nasib baik la dalam kelam kabut tu along dan lagi padlock motor tu...cuma pintu pagar jek lupa nak tutup dan kunci...heeeee...

P/S : Mat-mat Kutu aKa penyagak selalu akan mempergunakan peluang-peluang dari KECUAIAN kita...so berhati-hati ek...

Tuesday, May 10, 2011

MINTAK MAAF KU KEPADA RAKAN-RAKAN BLOG...


   Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan blog alongizhamhadi.blogspot.com... Along disini menyusun ke sepuluh jari tangan kepada semua rakan-rakan blog alongizhamhadi.blogspot.com, sebab agak lama juga blog ini tidak beroperasi dan along menhilangkan diri...Memandangkan kini keadaan sudah agak stabil, jadi along nak memanaskan kembali jari jemari along ini dengan ceritakan apa yang terjadi sepanjang along bercuti panjang...Sepanjang kehilagan along terlalu banyak dugaan yang hadir menimpa-nimpa diri along ni...ada yang sedih pun ada...sesak pun ada...putus harapan pun ada...tapi alhamdulillah...dengan izin dari Nya dapat jugak along kurangkan masalah-masalah yang datang, walaupun sekarang masih ada masalah lagi yang tak selesai-selesai lagi...

Kisah 1
   Bab pertama ni pasal masalah kesihatan along. Hari tu dekat dua minggu jugak along demam selseme tak berhenti-henti dan kadang-kadang bila along hembus nak keluarkan hingus sampai keluar darah..jadi along pergi la ke hospital untuk buat pemeriksaan. Pihak hospital ambik sempel darah dan sempel kahak dan dia orang suruh ambik keputusan nanti.

Kisah 2
   Along dapat anak menakan yang ke empat...nama hafiz haziq...anak kakak sedara along...bila along tengok baby tu kuat tido jek siang-siang...kak da cakap bila malam dia buat konsert...melalak punya kuat...isisisisss...baby-baby...besaQ sikit boleh masuk bintang kecil kot...heeeee....



Kisah 3
  Pada hari jumaat 08hb April 2011..waktu tu along dalam perjalanan ke tempat kerja..seperti biasa kalo along kerja malam kadanag-kadang waktu siang tu along akan ke sg.petani kunjung mak cik - mak cik along kat sana ( amanah mama along kene jage ).Petang tu along nak masuk kerja terus la dari sg.petani ke kulim..seperti biasa along ni kalo takat nak ke mana-mana sorang-sorang along lagi suka gunakan "V-tech ex5 100cc"..Jadi dalam perjalanan, sampai saja dekat padang serai enjin "V-tech ex5 100cc" along brekdown...jem...adeh...peyakit-peyakit...bawak ke kedai repair.Pomen bukak tengok haed kene tembak, piston kong, valve aka vaf patah, rantai kecik kong, camshaft kong...erti kata lain...itu semua mau duit...adehhh!!!

Kisah 4
   Along ke penang untuk uruskan penjualan jual beli rumah mak cik along...Di sebabkan motor rosak jadi hanya tinggal "baby pink" jek la walaupun along cukup tak berminat drive "baby pink" masuk penang. Nak tau sal apa??? pertama kene tol jambatan jek RM7.00 walaupun naik sorang..Membazir tu tau tak..yang kedua nyer penang..tau jek la..JEM..parking susah nak dapat..adeehhh!!! bosan-bosan... Dalam dok drive "baby pink" tu, bila along masuk selekoh jek "baby pink" berbunyi..asal belok jek berbunyi...along pun apa lagi cek tengok la...rupa drive shaft's dah kong..adoooiiiiiii!!!! DUIT..DUIT..DUIT..boleh kong along macam ni wooo...

Kisah 5
   Dua minggu selepas along turun penang hari tu, pihak peguam call panggil tuan rumah datang tandatangan surat perjanjian. Jadi along sekali lagi gunakan hikmat bakti "baby pink" untuk bawak mak cik along ke penang. Pagi-pagi dah drive bawak mak cik ke pajabat peguam. Time lunch along bergegas ke Mc'D kat bayan baru...peeerrrrgggg...ramai nyer orang...sebenar nyer along pergi pun semata-mata nak gelas Mc'D tu...buat koleksi...heeee...

Kisah 6
   Dah lama tak balik perak...ingat nak balik naik bus jek...malas nak drive, sekali tengok kulim malam takda bas dah...sal esok nyer 1 may..adeehh..jadi terpaksa la along drive jugak "baby pink" balik perak malam sabtu tu..esok nyer hari ahad..ronda ipoh merempit gan "tuuuttt"..heee..kisah nyer malas nak drive "baby pink" dalam jem 1 may kat ipoh, jadi merempit la..senang nak selit dan parking senang nak dapat..dan la pergi tonton wayang kat jusco ipoh..ingat nak tengok "fist five" sekali dah full la..ada pun 12.40 tengah malam..jadi kami tibai jek la tengok "red riding hood"..layan jek la..balik tu kami pun singgah la kat padang polo ipoh..baru nak bercekerama sekali hujan turun lebat daaa...dah la mai merempit..jadi apa lagi berteduh la bawah pondok kat taman tu..berramai-ramai yek..bukan berdua tau..sekali tengok jam dah nak jam 7..nak tak nak kami pun redah la jugak dalam kebasahan tu pulang ke kampar balik..along balik-balik mama gan adik gelak.." padan muka..nak merempit sangat musim-musim hujan ni"..duuussss..kena setepek..

Kisah 7
   Mak cik along yang kat penang mintak tolong along bawakkan "si kumbang hijau" aka savvy dia ke proton service kat bayan baru..jadi balik jek dari kerja malam tu along bawak acik ke tempat kerja dia dan terus ke proton service. Tunggu punya tunggu.. jam 11.30 pagi baru siap..terus along ke tempat kerja acik ambik sal acik kerja sekerat hari jek..lepas acik balik tukar unifom dia ajak ke bagunan tabung haji..biasa la..bawak keluo duit ler apa lagi..sampai je kat gate bagunan tabung haji tu along terpandang papan tanda ini ( gambar sebelah )..adeehhh..along pakai seluar pendek masa tu...jadi dengan rasa segan silunya...along dok dalam kereta jek la...heeee...

Kisah 8
   Memandangkan si "V-tech ex5 100cc" along dah dua kali jem..maka buah fikiran along dah mula bosah nak merepair lagi dah..jadi keputusan nyer jual saja..jadi along pun ronda-ronda la bersama "V-tech ex5 100cc" tu dari kedai motor..ke kedai motor..satu kedai pun tak nak beli dengan wang tunai..mengambil jalan singkat dan mudah along buat jek la "V-tech ex5 100cc" duit muka bagi megambil jentera lain di kedai tu..jadi pilihan along dah tentu nyer mahukan sesuatu yang lebih berkuasa dari "V-tech ex5 100cc" tu...jadi along pun angkat jek la jentera terulung golongan mat-mat rempit ni..walaupun produknya di kilang yamaha sudah di berhentikan..sikit hari benda ni boleh jadi bahan rare..

   Jadi setakat ini sahajalah along ceritakan sepanjang kehilangan along kat dalam dunia blog ni...lepas ini along tak tau pulak nak hilang lagi bila lagi...tapi buat masa sekarang along akan sentiasa bersama rakan-rakan along dalam alongizhamhadi.blogspot...